Monday, August 12, 2013

Hidup Hanya Sementara

Assalamualaikum wbt ,

Terasa sebak hingga.....merasakan akan dijemput Ilahi.



 Ambil laptop abah ,buka google chrome>blog...

Sejak dua menjak ni ,aku rasa seram sejuk sampai aku mengucap dua tiga kali ,berzikir ,bingung seketika.
Adakah sebab aku sering teringatkan arwah mak jang? Yela ,harini kita tengok orang meninggal mana tahu esok-esok hari kita... Kita ni kena la siap sedia untuk berjumpa-Nya.
Seakan-akan nyawa ini dicabut tak lama lagi ,Ya Allah kalau sampai sini sahaja perjalanan aku sebagai seorang hamba-Mu ,kau masukkan kan la aku dalam kalangan orang beriman ,masukkan la ahli keluarga ku ke dalam syurga mu termasuk juga aku Amin.

Aku seakan-akan dapat merasa sakaratul maut itu...sakit.
Aku dapat merasakan gelapnya kubur Ya Allah.
Aku dapat merasakan libasan mungkar&nakir.

Mulut ku kaku ,
Anggota badan ku sejuk ,kaku ,hanya dapat merasakan darah yang mengalir...

Petanda apa itu Ya Allah?

Aku kebingungan. Adakah ini hanya mainan minda?



Andai ini cara Mu beri aku jalan untuk berubah ke jalan-Mu ,aku ingin berubah ya Allah.

Ahli Keluarga ,saudara-mara ,kawan2ku ,guru2ku dan semua yang aku kenali dan mengenali aku ,aku menyusun 10 jari dan dari hujung rambut ke hujung kaki andai aku ada buat salah dekat korang dan macam2 yang aku dah buat dekat korang ,aku minta maaf. Meminta maaf tu bukan di bulan syawal sahaja ,setiap hari  pun kita kena minta maaf dekat semua orang sebab kita tak tahu bila masa kita akan dipanggil...

AKU MAHU BERUBAH ,beri petunjuk kepada aku YA ALLAH...

Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa ,kalau diluahkan pun aku percaya tak ramai yang mendengar hanya bersimpati tapi tak menolong.




No comments:

Post a Comment